Assalamualaikum semua! hari ni merupakan hari jumaat bersamaan dengan 8 JamadilAkhir 1434 hijrah. Ape yang korang tahu pasal Hari Jumaat? buat kaum adam hari jumaat merupakan hari yang penting untuk kaum adam. Solat jumaat merupakan satu kewajipan untuk ummat Islam terutama kaum adam.
Firman Allah ade mengatakan bahawa :
' wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru unutk solat jumaat maka segera kamu mengingati Allah dan tinggalkan lah jual beli. ketahuilah kamu. ( Al Jumu'ah ayat 9)
Ingatlah wahai adam bahawa solat jumaat itu penting dah wajib dilaksanakan. sekiranya ditinggalkan tiga kali berturut - turut maka Allah akan menutup pintu hatinya dan dijauhkan daripada rahmat dariNYA dan Hidayah Allah.
Rasulullah bersabda :
"Barang siapa meninggalkan solat jumaat tiga kali tanpa uzur maka Allah akan menutup pintu hatinya"
so, take note ye wahai kaum Adam diluar sana :)
Wallahu a’lam.
Salam Jumaat Semua

No comments:
Post a Comment